April 25, 2023

lopong

Aku sanjung kamu bersungguh,

Kerana sentiasa tahu apa aku perlu

Tapi tidak apa aku mahu. 


Aku ajukan mahuku pada diriku. 

Mengharap Tuhan bantu, terangkan gelapku. 


Namun, kosongnya masih melapang.

Seperti ada luah yang ditanam.

Ada gali tidak berkesudahan. 

Ada lopong yang tenggelam. 


Pulih lah hati. 

Pulih sendiri.








No comments: