Yang kini dilihat kuat
Dulu yang paling belajar
Lelah mengeluh lesap sementara
Tuhan saja tahu ringannya bahu
Engkau malah terbiasa
Menjadi cangkuk ke mana mana
Yang lebih ditarik, bukan menarik
Yang lebih mahu ditolak, bukan menolak
Mahu disuap, bukan menyuap.
Aku minta untuk menjadi manfaat, pendorong
Lalu Allah beri jalan
Menjadi penghuni syurga yang lebih baik
Silap aku lupa. Ke syurga itu bukan lurus
Menjadi baik itu cukup - menjadi lebih baik itu cara Tuhan beritahu
Yang kau lebih dari mampu.
Belajar lah kalian, menjadi orang berilmu
Bukan untuk kesenangan duniawi
Tapi untuk faham cara Tuhan
Tuding jari pada diri
Sebelum taksub menyalahkan setan
Jangan kalah dulu
Belajar sampai kau tahu
Belajar sampai dunia ketagihkan kau
Belajar sampai Allah yakin "Kau boleh lagi dan Aku akan beri lagi"
Percaya janji Tuhan.
Tuhan tak kata mudah tapi akan ada penyelesaian.
Fahamlah bila Tuhan kata ini cara Aku.
No comments:
Post a Comment