June 22, 2023

Sekali lagi

 Aku tahu sakit yang ini. 

Seperti yang lama. Tapi keterlaluan agaknya kalau aku berwaspada selalu. 

Wallahualam. 

Rezeki Tuhan jangan dicabar. Tuhan beri peluang berkeluarga untul kali kedua. 

Aku terkadang lupa apa aku usahakan, tapi tak mahu sampai membanggakan. Cukup lah sekadar ada. Lepaslah makan pakainya. 

Awal Mei kali ini terasa hangatnya lagi. 

Aku tunggu garisan dua. Kerana aku cuma mahu kepastian. 

Kali ini benar. Kau terjadikan. 

Risaunya hati kalau mati sekali lagi. 

Aku gagahkan jiwa menjadi yang paling jati. Supaya nanti aku juangkan, kata aku sudah berbakti. 

4 minggu usia kamu anakku. 

Kau perlu lihat tangis ayahmu. Dia sudah di situ. Di tempat sepatutnya. Tunggukan masa. 

No comments: