Aku dibina dari dasar yang kukuh
Dari asas yang teguh
Dari penjuru yang tidak lengkung
Aku dibina dari kata yang membunuh
Dari bunyi yang menikam
Dari tajam mulut manusia
Tapi aku juga mahu lemah
Mahu ada masa dipapah
Setiap kali itu
Aku tunggu hujan alirkan tangisku
Ku tunggu petir alunkan raungku
Ku tunggu alam cerminkan siksaku
Berlalunya pergi awan Tuhan beri
Kembalilah aku menjadi manusia sakti
Yang kukuhnya berdiri, tapi rapuh hampir mati
Yang terbiasa berhenti di noktah, tapi ingin bahunya dipapah
Segeralah mari awan dan ribut.
Alunkan raungku.
Alirkan tangisku.
No comments:
Post a Comment